Sentiasa ceria & bergurau, anak kongsi momen bahagia dengan ibu bapa OKU bisu

LocalEntertainment
17 Dec 2024 • 11:06 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
anak kongsi momen bahagia

Anak kongsi momen bahagia dengan ibu bapa yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) bisu dan mendapat perhatian ramai kerana terlihat cukup gembira.

Menerusi video yang dikongsi Nabil Nazrol, dia telah memuat naik momen-momen bahagia bersama kedua orang tuanya yang begitu ceria melakukan pelbagai aktiviti bersama.

@nabilnazrol

"kita mungkin bercakap dan mendengar dengan cara yang berbeza" #bahasaisyarat #babah #coda

♬ original sound - officialnohsalleh - officialnohsalleh

Anak kongsi momen bahagia, ‘Rahsia Tuhan’ yang ditakdirkan dengan ibu bapa bisu

Nabil telah berkongsi video terbabit dengan disertakan lagu ‘Rahsia Tuhan’ dari Noh Salleh dan meninggalkan kapsyen menyatakan mereka mungkin mendengar dan bercakap melalui cara yang berbeza.

image is not available

Anak kongsi momen bahagia dilakukan bersama ibu bapa tersayang

Pelbagai aktiviti dilakukan oleh mereka sekeluarga dan tetap terlihat bahagia walaupun ibu bapanya tidak dapat bertutur seperti orang lain.

Mereka nampak begitu gembira meraikan hari lahir bersama, bergurau dengan cara mereka serta menghadiri ceramah agama dengan dibantu oleh anak-anak untuk menterjemahkannya menggunakan bahasa isyarat.

image is not available

Mungkin paling sedih sebab mereka tak pernah panggil nama kita

Perkongsian yang dibuat oleh Nabil telah mendapat perhatian daripada pengguna Media sosial apabila masing-masing berasa sebak melihat kehidupan mereka yang tetap menikmati takdir dengan begitu bahagia.

Mereka juga akui bahawa ‘Rahsia Tuhan’ sememangnya tidak dapat dijangka dan ada diantara mereka berkongsi kisah menarik hampir sama dengan pengguna TikTok berkenaan.

image is not available

 

Effort dengan ibu bapa tu buat sebak

image is not available

Ayah bergurau macam orang muda

image is not available

Ada yang sebak lihat video tu

image is not available

Ada juga yang alami hal sama

image is not available

Semoga Nabil Nazrol dan keluarganya terus menjalani kehidupan dengan penuh kasih sayang serta berbahagia, begitu juga kita semua.

Sumber: TikTok nabilnazrol