Sentuh isu sensitiviti negara, Uyaina Arshad ‘sekolahkan’ netizen Indonesia

7 Nov 2023 • 8:49 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah menyelar tindakan netizen dari Indonesia apabila membuat ‘palatau’ dengan menyentuh isu sensitif berkaitan Malaysia menerusi komen yang ditinggalkan di salah satu posting selebriti berkenaan.

Jangan ajar sejarah tengang negaraku

Menerusi tangkapan layar balasan komen dibuat Uyaina yang dimuat naik semula ke laman X, pemilik nama sebenar Saidatul Naseha Uyaina Arshad itu meminta agar individu berkenaan tidak mengajarnya tentang sejarah Tanah Air dengannya.

“Saya rasa saya lebih tahu sejarah negara saya. Sebelum ‘diberi’ kemerdekaan Tanah Melayu, beberapa banyak darah orang yang memberontak menentang penjajah telah gugur?

“Yang kamu lihat ‘pemberian’ menerusi diplomasi? Memang itu yang membezakan cara Malaysia dan Indonesia mendapatkan kemerdekaan negara masing-masing.

“Tapi darah prajurit Tanah airku yang pernah gugur jangan kau diamkan. Jangan ajar tentang sejarah negaraku sebagaimana aku tidak pernah mengajar kamu tentang sejarah negaramu,” tulisnya tegas.

image is not available

Uyaina Arshad balas komen netizen Indonesia

Tindakan tersebut susulan daripada kata-kata yang ditinggalkan netizen itu yang mendakwa Malaysia diberi kemerdekaan, bukannya berjuang melawan Inggeris.

“Malaysia merdeka kerana pemberian, bukan kerana perang melawan Inggris (British)…” ujarnya.

image is not available

Uyaina Arshad bagi faham geng2 suka palatau negara orang lain

Dalam pada itu, Uyaina juga sempat menyatakan yang balasan komen berkenaan bukan untuk bergaduh, namun sebagai salah satu bentuk pemahaman buat netizen luar yang masih tidak faham tentang sejarah negara orang lain termasuklah menuduh tanpa usul periksa.

image is not available

Difahamkan ketika ini, pengacara program D’Academy Asia Musim 6 terbabit sedang giat berkongsi video-video kesedaran tentang Palestin serta memberi banyak info berkenaan kekejaman penjajah.

Walaupun beberapa video dan media sosialnya diancam, namun dia tetap gigih menyuarakan sokongan terhadap Palestin.

Sumber: Instagram Uyaina Arshad, X Uyaina Arshad