Sentuhan ‘Doodle’ Izzati Suza cipta muka depan jam tangan Garmin edisi terhad

LocalSales & Promo
13 Aug 2026 • 5:48 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Sentuhan ‘Doodle’ Izzati Suza cipta muka depan jam tangan Garmin edisi terhad

Jenama Garmin tidak asing dalam komuniti pencinta sukan dan kesihatan Malaysia, di mana banyak rangkaian produknya menjadi pilihan ramai pengguna masa kini.

Menyentuh tentang rangkaian produk jenama ini, Garmin melancarkan kempen Garmin Sambut Lokal bersempena sambutan bulan kemerdekaan. Kempen ini menghubungkan kreativiti dan masyarakat tentang keunikan Malaysia.

Izzati Suza artis pilihan kolaborasi Garmin

Dengan cetusan kempen Garmin Sambut Lokal ini, Garmin Malaysia berkerjasama bersama anak seni tempatan Izzati Suza yang merupakan artis illustrasi lukisan ‘doodle ‘.

Sentuhan kreatif Izzati dengan konsep idea yang berani, bersifat jenaka dan mencerminkan suasana kehidupan masyarakat di Malaysia menjadi pilihan Garmin bagi menggambarkan kempen yang dianjurkan.

Menerusi kolaborasi ini lahirnya jam tangan muka depan istimewa Sambut Lokal :Edisi Izzati Suza yang menarik untuk pengguna jam tangan Garmin.

Image from: Sentuhan ‘Doodle’ Izzati Suza cipta muka depan jam tangan Garmin edisi terhad

Lebih 40 jenis jam tangan Garmin sesuai muat turun rekaan muka depan jam tangan edisi terhad ini

Bermula 11 Ogos 2026 ini, pengguna Garmin boleh memuat turun muka depan jam tangan Garmin sempena Sambut Lokal di stor Connect IQ dan lebih 40 jenis rangkaian jam tangan keluaran Garmin boleh memuat turun rekaan edisi terhad ini.

Image from: Sentuhan ‘Doodle’ Izzati Suza cipta muka depan jam tangan Garmin edisi terhad
Image from: Sentuhan ‘Doodle’ Izzati Suza cipta muka depan jam tangan Garmin edisi terhad

Diskaun menarik sempena Merdeka

Sempena menyambut bulan kemerdekaan, Garmin juga menawarkan promosi menarik untuk beberapa produk pilihan dengan penjimatan diskaun sehingga 40 peratus.

Dan pelanggan yang membeli mana-mana produk Garmin akan mendapat pek pelekat Garmin Sambut Lokal, manakala pelanggan yang berbelanja RM2000 dan ke atas akan menerima Garmin Sambut Lokal Tumbler Blind Box, selagi stok masih ada.

Image from: Sentuhan ‘Doodle’ Izzati Suza cipta muka depan jam tangan Garmin edisi terhad

4 kempen menarik untuk disertai

Bersempena sambutan bulan kemerdekaan Garmin juga menawarkan aktiviti menarik di bawah empat kempen yang dianjurkan. Antara kempen-kempen yang Garmin anjurkan yang boleh disertai orang ramai adalah:

Kempen : Garmin Celebrate Lokal – Pound with PWH
Tarikh: 22 Ogos 2026
Tempat : Menara KL
Kempen The Pound with Hanis (PWH) merupakan kombinasi komuniti senaman kardio yang bertenaga dan muzik di mana peserta dapat merasai aktiviti senaman yang hiper sambil berhubung dengan kenalan dalam kalangan komuniti kreatif ini.

Kempen : Garmin Celebrate Lokal – Trail Run with Garmin Trail
Tarikh : 30 Ogos 2026
Tempat : Bukit Dinding
Kempen in menawarkan pemandangan panorama semula jadi yang cantik sambil di melalui laluan yang telah ditetapkan.

Kempen : Garmin Celebrate Lokal – Yoga with PWH
Tarikh : 5 September 2026
Lokasi : Taman Botani Perdana
Kempen ini merupakan sesi senaman yoga yang dipimpin oleh Hanis dari PWH di mana setiap senaman yoga yang dilakukan dapat memberi ketenangan dan kesejahteraan peserta.

Kempen : Garmin Celebrate Lokal – Women’s Run
Tarikh : 13 September 2026
Lokasi : KL Car Free Day atau Hari Bebas Kenderaan Kuala Lumpur
Kempen ini terbuka untuk semua wanita yang berminat menyertai larian ini. Peserta wanita akan bergerak bersama komuniti disamping menikmati panorama sekitar Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut layari laman web Garmin Malaysia.

Banyak betul program Garmin anjurkan ni, anda nak pergi kempen yang mana satu?

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved