“Senyuman Tanpa Niat..” – Aliff Aziz Kesal Dikatakan Sindir Bella Astillah

Entertainment
19 Apr 2024 • 4:43 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
aliff aziz

Sebelum ini Ohmedia ada kongsikan perkembangan daripada Aliff Aziz yang menaikkan video dirinya tersenyum manis dan mengenyitkan mata di Instagram Story. Aliff turut memasukkan lirik lagu yang menggambarkan seseorang yang berasa lega dengan ketiadaan seseorang.

image is not available

Perkongsian Aliff ini kemudian membuatkan rata-rata peminat mula mengaitkannya dengan situasi Aliff dan isteri, Bella Astillah ketika ini.

Sedar tentang perkara itu, Aliff tampil menjelaskan perkongsiannya itu tidak berniat untuk menyindir isterinya tetapi senyuman itu sekadar mahu mencari semangat lamanya yang sudah lama hilang.

Senyuman tanpa niat menyindir sesiapa dalam isu sangat penting yang juga diputar agar menampakkan seperti saya sengaja mempermainkan isu sedang memberi impak dalam hidup saya dan keluarga.

Saya maafkan semua yang mengambil kesempatan untuk keruhkan lagi keadaan. Saya hanya cuba untuk membuatkan diri saya berdiri semula dengan senyuman yang lama menghilang.

Dalam pada itu, Aliff turut memohon maaf jika senyumannya itu membuatkan ramai gembira sehingga menyebabkan ramai mengambil kesempatan.

image is not available

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.