Seorang daripada 55 rakyat Malaysia di Nepal dipercayai selamat

2 Oct 2026 • 12:41 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Seorang daripada 55 rakyat Malaysia di Nepal dipercayai selamat

KUALA LUMPUR: Seorang daripada 55 rakyat Malaysia yang sebelum ini dilaporkan masih belum dapat dihubungi selepas bencana banjir dan tanah runtuh di Nepal, dipercayai selamat dan telah kembali ke Malaysia.

Menurut kenyataan Media Advocacy for Search, Finding and Investigation of Hikers (MASFIH), individu berkenaan hadir sendiri ke Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu pada 1 Oktober lalu sebelum kembali ke Malaysia pagi ini.

MASFIH berkata, perkembangan itu amat melegakan khususnya kepada keluarga individu berkenaan yang menanti kepulangannya selepas 37 hari berada dalam ketidakpastian.

“Penemuan seorang rakyat Malaysia yang selamat pada hari ke-37 merupakan satu perkembangan yang amat melegakan dan sangat bermakna.

“Kami amat gembira dan bersyukur kerana seorang daripada 55 rakyat Malaysia yang sebelum ini belum dapat dihubungi kini telah ditemukan dalam keadaan selamat dan telah kembali kepada keluarganya,” menurut kenyataan itu hari ini.

The post Seorang daripada 55 rakyat Malaysia di Nepal dipercayai selamat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved