Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Makkah

22 Jun 2025 • 8:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian jemaah haji negara kepada 20 orang setakat ini. Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian jemaah haji negara kepada 20 orang setakat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, kematian terbaharu melibatkan seorang jemaah dari Johor, Siti Meriam Shahbudin, 79, yang menghembuskan nafas terakhir di Hotel Mubarak, Makkah pagi tadi akibat serangan jantung.

“Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah, menerima segala amal ibadah haji dan menempatkannya dalam kalangan para solihin.

“Kepada waris serta ahli keluarga, semoga diberi ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian ini. Al-Fatihah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Ahad. - Bernama