Seorang lagi maut dalam nahas motor-lori

24 Apr 2026 • 4:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Seorang lagi maut dalam nahas motor-lori

KENINGAU: Seorang wanita berumur 21 tahun maut manakala suaminya cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan motosikal di Jalan Nabawan-Sapulut berhampiran Kampung Sarikan pada Rabu malam.

Mangsa dikenali sebagai Marlyana Baulun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di kepala.

Suaminya Dendey Ampat, 27, mengalami kecederaan parah dan kini menerima rawatan di Hospital Keningau.

Ketua Polis Daerah, Supt Yampil Anak Garai berkata kemalangan itu berlaku kira-kira jam 7.45 malam.

Siasatan awal mendapati motosikal berkenaan sedang dalam perjalanan dari Nabawan menuju ke Sapulut sebelum dirempuh dari belakang oleh sebuah lori.

“Impak pelanggaran menyebabkan pembonceng maut di tempat kejadian manakala penunggang mengalami kecederaan parah dan dibawa ke hospital,” katanya.

Polis percaya pemandu lori mungkin gagal memberi perhatian sepenuhnya terhadap keadaan jalan di hadapan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian.