Seorang Lagi Suspek Simbah Asid Terhadap Faisal Halim Sehingga Terbakar Tahap 4 Ditahan

7 May 2024 • 9:44 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Faisal Halim

Seorang lagi lelaki yang dipercayai terlibat dalam insiden simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim telah ditahan semalam.

Menurut laporan Harian Metro, suspek berusia 30-an itu akan direman bagi membantu siasatan.

Sebelum ini seorang lelaki berusia 20 tahun disyaki terlibat dalam kejadian itu telah ditahan berdasarkan nombor pendaftaran sebuah motosikal yang digunakan sewaktu itu.

Selepas menjalani pembedahan pertama semalam, keadaan Faisal tidak berapa baik dan kini berada dalam pemantauan rapi di ICU. 

Sama-samalah kita doakan Faisal cepat sembuh walaupun terpaksa mengambil masa sehingga 6 bulan. 

Untuk info, pemain kebangsaan yang lebih dikenali sebagai Mickey itu mengalami kecederaan terbakar tahap 4 selepas disimbah asid dan perlu menjalani beberapa pembedahan lagi. 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved