Seorang lagi warga Palestin dibunuh oleh peneroka israel berhampiran Nablus

27 Feb 2023 • 12:27 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

NABLUS : Seorang warga Palestin dibunuh pada petang Ahad oleh peneroka israel di perkampungan Za’tara, selatan bandar Nablus, Tebing Barat yang dirampas.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan berkata Sameh Aqtash, 37, terbunuh selepas dia ditembak dengan peluru hidup semasa serangan oleh peneroka dan tentera israel di kampung tersebut.

Kampung-kampung dan bandar-bandar di kawasan Nablus kini diserang secara besar-besaran oleh tentera serta peneroka israel, yang menyebabkan setakat ini membunuh seorang rakyat Palestin, mencederakan lebih 100 dan membakar berpuluh-puluh rumah, kenderaan.

Dengan pembunuhan Aqtash, jumlah rakyat Palestin yang telah dibunuh oleh tentera israel sejak awal 2023 meningkat kepada 66, termasuk empat terbunuh akibat tembakan peneroka israel, 13 kanak-kanak, empat warga emas dan seorang banduan di penjara israel.

image is not available

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia