Seorang Lelaki Di Kuching Didenda Kerana Ugut Bunuh Ibu Tiri, Gara-Gara Disoal Tentang Motosikalnya

15 Nov 2022 • 4:26 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lelaki itu mengugut bunuh ibu tirinya apabila disoal mengenai keberedaan motosikalnya

Seorang Lelaki Di Kuching Didenda Kerana Ugut Bunuh Ibu Tiri, Gara-Gara Disoal Tentang Motosikalnya. Dilaporkan seorang lelaki berusia 20 tahun telah didenda RM1,500 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret kerana menagku bersalah melakukan ugutan jenayah.

Lelaki dari Kuching itu didapati bersalah mengugut untuk mencederakan dan membunuh ibu tirinya yang berusia 80 tahun.

image is not available
Seorang Lelaki Di Kuching Didenda Kerana Ugut Bunuh Ibu Tiri, Gara-Gara Disoal Tentang Motosikalnya

Mendakwa motosikal telah dicuri

Menurut laporan, lelaki berkenaan, hanya dikenali sebagai Steven, didapati melakukan kesalahan tersebut di rumah keluarganya di RPR Batu Kawa pada sekitar jam 10AM pada 9 November lalu.

Difahamkan, Steven telah disoal oleh ibu tirinya tentang keberedaan motosikalnya. Steven, yang berang dengan soalan tersebut, memberitahu ibu tirinya bahawa motosikal terbabit telah dicuri.

image is not available
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Wapcar

Steven kemudian bertindak agresif dengan menendang pintu rumah dan membuat ugutan untuk mencederakan dan membunuh ibu tirinya.

Bimbang dengan keselamatannya, ibu tiri Steven membuat laporan polis terhadapnya dan suspek ditahan sekitar jam 6PM pada hari yang sama.

Dihukum penjara sebulan atau denda RM1,500

Kes tersebut didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, dia boleh menghadap hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya.

Steven, yang tidak diwakili peguam bela, dijatuhkan hukuman denda RM1,500 atau penjara sebulan setelah mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah tersebut.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.