Seorang Lelaki Dirakam Curi Pendrive Dari Kiosk Putu Mayung Di Mydin Petra Jaya

15 Sep 2022 • 6:00 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lelaki itu dilihat memeriksa kiosk sebelum melakukan kecurian

Seorang Lelaki Dirakam Curi Pendrive Dari Kiosk Putu Mayung Di Mydin Petra Jaya. Terkini, seorang lelaki dirakam menerusi CCTV melakukan kecurian di kiosk putu mayung di Mydin Petra Jaya, Kuching.

Lelaki itu dilihat berjalan-jalan sambil melihat kiosk itu sebelum mencuri sebuah pendrive dari monitor skrin kiosk.

image is not available
Seorang Lelaki Dirakam Curi Pendrive Dari Kiosk Putu Mayung Di Mydin Petra Jaya

Lelaki tersebut memakai baju putih belang hitam dan seluar denim pendek

Berita kecurian itu dikongsi oleh pemilik kiosk terbabit, Pak Abu Putu Mayung di Facebook. Menurut mereka, kecurian itu berlaku pada 14 September 2022 di Mydin Petra Jaya tetapi satu-satunya item yang berjaya dicuri lelaki itu adalah sebuah pendrive.

Anda boleh menonton video yang telah dikongsikan oleh Pak Abu Putu Mayung di bawah:

https://www.facebook.com/100012592361843/videos/pcb.1509343732828691/777868660209105
Kredit video: FB Pak Abu Putu Mayung

https://www.facebook.com/100012592361843/videos/pcb.1509343732828691/5652500244796289
Kredit video: FB Pak Abu Putu Mayung

Hmm… Kenapa eh golongan pencuri ni pilih untuk mencuri sedangkan badan mereka cukup sempurna untuk bekerja dan mencari pendapatan halal? Semoga lelaki itu dikenal pasti dan ditangkap segera untuk tindakan lanjut.

Peringatan untuk orang lain juga supaya sentiasa berhati-hati dengan barang-barang mereka kerana pencuri semakin lama semakin berani!

Lagi di sini: