Seorang lelaki ditahan susulan penemuan uranium di Lapangan Terbang Heathrow

16 Jan 2023 • 3:29 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

LONDON: Seorang lelaki ditahan di bawah undang-undang keganasan selepas kesan uranium ditemui dalam sebuah bungkusan kargo di Lapangan Terbang Heathrow, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Pegawai Pasukan Sempadan menemui bahan radioaktif bersama penghantaran besi buruk pada 29 Dis yang berasal dari Pakistandan dialamatkan kepada seorang rakyat Iran di UK, lapor akhbar Sun.

Polis di Cheshire menahan seorang lelaki berusia 60-an pada Sabtu di bawah Seksyen sembilan Akta Keganasan.

Lelaki itu telah diikat jamin sehingga April.

Komander Richard Smith, yang mengetuai Komando Met’s Counter Terrorism, berkata: “Saya ingin menjelaskan bahawa meskipun dengan penahanan dan berdasarkan maklumat terkini, insiden ini masih tidak dapat dikaitkan dengan sebarang ancaman langsung kepada orang ramai.

“Bagaimanapun, pegawai penyiasat masih meneruskan siasatan.” -Bernama