Seorang Lelaki Maut Dalam Insiden Tanah Runtuh Di Kampung Raja, Cameron Highlands

26 Nov 2022 • 7:05 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anggota Bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang tertimbus dalam insiden tanah runtuh di Kampung Raja, Cameron Highlands. - Gambar ihsan Bomba

IPOH - Seorang lelaki maut dalam insiden tanah runtuh di Blue Valley, Kampung Raja, Cameron Highlands tengah hari tadi.

Timbalan Pengarah (Operasi) Bomba Pahang Ismail Abdul Ghani berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian melibatkan mangsa berusia 37 tahun itu, pada kira-kira pukul 12.54 tengah hari.

“Kami segera mengerahkan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands bersama dua jentera ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebaik tiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati tanah runtuh menghempap dan melibatkan sebuah backhoe yang sedang membuat kerja tanah.

“Mangsa yang tertimbus telah dikeluarkan oleh pasukan bomba dengan menggunakan cangkul, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved