Seorang Lelaki Melecur 80% Akibat Dari Kedai Nasi Kandar Bangsar 'Meletup'

6 Mar 2024 • 2:22 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Seorang individu lelaki berumur 45 terpaksa dikejarkan ke hospital selepas melecur dipercayai akibat satu letupan gas yang tercetus di sebuah restoran nasi kandar di Jalan Bangsar Utama hari ini.

Lebih daripada 40 anggota bomba dari tiga stesen telah dikerahkan dan kebakaran berjaya dipadamkan 45 minit kemudian.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur panggilan kecemasan diterima pada pukul 11.44 pagi.

Pegawai bomba yang bertugas, turut menjelaskan api berpunca dari bahagian dapur. Namun siasatan terperinci bakal dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran dan kos kerugian yang terpaksa ditanggung oleh tuan premis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved