Kisah yang membuatkan satu negara terdiam!
Inilah cerita Sofea, lakonan mantap SYUE, yang dibawa melalui drama vertical paling panas tahun ini, 40 Sahaja! Sebuah kisah yang bukan sahaja membuka mata, tetapi turut menyentuh realiti ramai wanita di luar sana.
Segalanya bermula apabila rumah tangga Sofea runtuh dalam sekelip mata. Dia diceraikan oleh suaminya tanpa amaran, tanpa ruang untuk bernafas. Namun yang paling memeritkan bukanlah penceraian itu sendiri, tetapi punca di sebaliknya. Rupa-rupanya, ada tanda-tanda pengkhianatan yang mengaitkan suami Sofea dengan kawan baiknya — seseorang yang selama ini dia percaya sepenuh hati.
Persoalan mula timbul: Adakah mereka berdua sudah lama menjalin hubungan gelap ketika Sofea masih lagi bergelar isteri? Mengapa semuanya berlaku serentak dan begitu terancang? Setiap jawapan melahirkan lebih banyak persoalan, dan setiap episod membuatkan penonton semakin tidak senang duduk, tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku di belakang Sofea selama ini.
Namun, di sebalik luka yang dalam, Sofea tidak memilih untuk terus rebah. Sebaliknya, wanita berusia 40 tahun ini bangkit dengan penuh keberanian untuk mengubah hidupnya. Dia menemui kekuatan baru, membina kerjaya baharu, dan akhirnya menjadi live host paling trending — seorang figura yang menjadi inspirasi kepada ramai wanita matang yang pernah rasa ditinggalkan atau dikhianati.
“Usia bukan penghalang, pengkhianatan bukan pengakhiran.”
Itulah mesej utama dalam 40 Sahaja, sebuah drama yang meraikan kebangkitan seorang wanita yang enggan ditakluk oleh kisah silamnya.
Dan… ada satu lagi kejutan. Khabarnya, akan muncul seorang lelaki misteri yang mampu mencuri hati Sofea sekali lagi. Siapakah dia? Adakah ini peluang kedua buat Sofea?
Tonton drama pendek 40 Sahaja secara PERCUMA hanya di Do Drama!
Klik untuk mula menonton sekarang: Do Drama App
Media Sosial Do Drama :
Facebook – https://www.facebook.com/dodrama.my
Instagram – https://www.instagram.com/dodrama.my/
TikTok – https://www.tiktok.com/@dodrama.my
YouTube – https://www.youtube.com/@do_drama
AppStore & PlayStore – https://onelink.to/dodramaapp_download
40 Sahaja turut berkolaborasi dengan penyanyi berbakat Danial Zain, yang kini secara rasmi menghadirkan lagu “Hanya Ada Aku” sebagai OST rasmi drama ini! Jangan lepaskan peluang untuk menikmati gandingan emosional ini dalam setiap episod.
Do Drama (dramabytemkt@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.
