Seorang Mangsa Maut Dalam Kebakaran Kereta

21 Oct 2022 • 9:40 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mangsa yang tidak dapat dikenal pasti identitinya itu berada di tempat pemandu dan didapati rentung 100 peratus. - Gambar fail 

SHAH ALAM - Seorang individu maut dalam kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil di tepi Jalan Shapadu, Kampung Sungai Pinang, Klang dekat sini awal pagi tadi. 

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata mangsa yang tidak dapat dikenal pasti identitinya itu berada di tempat pemandu dan didapati rentung 100 peratus. 

Beliau berkata pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 5.27 pagi.

“Sebaik tiba 10 minit kemudian didapati kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil (nombor plat, BGN 5095) yang terbakar 100 peratus dengan seorang mangsa turut terbakar 100 peratus di tempat duduk pemandu,” katanya dalam kenyataan hari ini. - Bernama