Seorang maut, 57 cedera kereta api bertembung di Bandaraya Mexico

8 Jan 2023 • 10:50 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BANDARAYA MEXICO: Seorang maut dan 57 lagi cedera selepas dua buah kereta api metro bertembung, kata Setiausaha Keselamatan Awam Bandaraya Mexico Omar Garcia Harfuch.

Pada Sabtu pagi, dua kereta api berlanggar di laluan metro ketiga di Bandaraya Mexico dan laporan media awal mengatakan seorang maut manakala 14 lagi cedera.

Empat orang dilaporkan terperangkap di dalam gerabak namun mereka dapat diselamatkan dan pendakwa raya sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian.-Bernama