Seorang maut, dua cedera kereta terbabas bawah tebing

23 Mar 2025 • 4:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba dari BBP Jengka menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.FOTO JBPM PAHANG

image is not available
Anggota bomba dari BBP Jengka membantu mengangkat mangsa yang cedera sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.FOTO JBPM PAHANG

KUANTAN - Seorang lelaki maut manakala dua yang lain cedera selepas kereta dinaiki terbabas ke bawah tebing di Jalan Felda Jengka 23, Bandar Pusat Jengka pada Ahad.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kemalangan melibatkan kereta jenis Perodua Myvi dinaiki tiga lelaki itu dilaporkan pada jam 12.40 tengah hari.

Menurutnya, susulan maklumat diterima, enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jengka ke lokasi untuk bantuan menyelamat.

**media[3057604]**

"Pasukan bomba bertindak mengeluarkan dua mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat.

"Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan bagaimanapun salah seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Zulfadli berkata, mangsa yang cedera dihantar ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved