Seorang Maut, Enam Hilang Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Kampung Cenderakasih

15 Sep 2025 • 1:46 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Seorang Maut, Enam Hilang Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Kampung Cenderakasih

KOTA KINABALU, 15 Sept (Bernama) — Seorang maut, manakala enam masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Cenderakasih di sini pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Sabah ketika dihubungi memberitahu keseluruhan sebanyak 11 mangsa terlibat dalam kejadian itu, empat daripadanya berjaya menyelamatkan diri.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada orang ramai pada 10.02 pagi, sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lintas tiba ke tempat kejadian pada 10.24 pagi.

“Seorang mangsa dijumpai meninggal dunia oleh pasukan penyelamat. Mangsa yang meninggal dunia disahkan oleh pegawai perubatan di lokasi. Identiti semua mangsa sedang dikenal pasti dan akan dikemas kini selepas ini,” katanya.

Orang ramai tidak digalakkan ke tempat kejadian pada masa ini kerana kawasan itu masih berbahaya dan penduduk dinasihat untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

image is not available image is not available

Sumber: Bernama