
PAPAR: Seorang kanak-kanak lelaki kelainan upaya (OKU) berusia 13 tahun maut manakala rakannya dalam keadaan kritikal selepas dipanah petir ketika bermain bola sepak dekat Pekan Papar, di sini, Selasa.
Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat, sepasukan 11 anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan pada jam 4 petang.
Beliau berkata, mangsa dikenali sebagai Muhammad Zulqilfle Redzwan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Assiy Qusyairy, 13 cedera parah dan dikejarkan ke hospital.
“Pasukan perubatan bomba dan penyelamat menjalankan rawatan pertolongan cemas kepada salah seorang mangsa sebelum dikejarkan ke Hospital Papar untuk rawatan lanjut.
SPONSORED CONTENT MyAir planning student, civil servant fares Kota Kinabalu: With air fares between from Kuala Lumpur to Sabah and Sarawak being the bane of travellers, MYAirline’s RM249 KL-Tawau flight is making the newest low-cost airline popular among Sabahans in the Klang Valley. Read more “Si mati telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Dalam kejadian itu, kedua-dua remaja itu disambar petir ketika bermain bola sepak.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
