Seorang maut, rakan parah terkena bahan letupan buatan sendiri

6 Sep 2022 • 8:05 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

IPOH, 6 SEPT: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah, akibat terkena bahan letupan buatan sendiri di Pusat Rekreasi Lata Kekabu, dekat Lenggong semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Amirudin Khairudin, 44, dan telah dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera parah dikenali sebagai Azlan Ali, 40, dan telah dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Taiping untuk menerima rawatan.

“Hari ini (semalam), kira-kira 3.12 petang Polis Gerik telah menerima laporan berkaitan kejadian tersebut dan bergegas ke sana untuk menjalankan siasatan. Setibanya di lokasi itu mendapati, seorang lelaki telah mati di tempat kejadian dan seorang lagi cedera parah.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata masyarakat dinasihatkan agar tidak menjalankan sebarang aktiviti menyalahi undang-undang seperti menggunakan bahan letupan bagi tujuan penangkapan ikan dan tidak menyalahgunakan kawasan rekreasi sebagai lokasi aktiviti menangkap ikan.

Difahamkan kedua-dua lelaki itu sedang menangkap ikan ketika kejadian berlaku.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved