Seorang maut, seorang hilang ditimbus tanah runtuh kuari

4 Jan 2024 • 7:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba melakukan kerja-kerja penyelamatan di lokasi kejadian, pada Khamis.

image is not available
Seorang maut selepas tanah runtuh di kawasan kuari di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat pada Khamis.

KUALA LANGAT - Seorang lelaki maut tertimbus dalam tanah runtuh di kawasan kuari di Jalan SP 2, Bandar Saujana Putra di sini, pada Khamis.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, sepasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 4.32 petang.

**media[2486077]**

"Pemeriksaan mendapati berlaku tanah runtuh sedalam lebih satu meter di kuari tersebut.

"Kejadian itu mengakibatkan dua mangsa tertimbus dengan seorang daripadanya maut selepas berjaya dibawa keluar dengan bantuan orang awam," katanya pada Khamis.

Tambah Wan Md Razali, mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Putrajaya bagi tindakan lanjut.

Katanya, operasi masih dijalankan untuk mengeluarkan seorang lagi mangsa yang dipercayai masih tertimbus.

"Usaha mencari masih sedang giat dijalankan bomba di lokasi runtuhan itu," ujarnya.