Seorang maut, tiga cedera 4WD bertembung lori

LocalCars
18 Jan 2025 • 1:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: R Gonzales

KOTA BELUD: Seorang maut manakala tiga cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Kelawat di sini, Khamis malam.

Nahas kira-kira jam 8 malam itu menyebabkan seorang lelaki berusia 58 tahun meninggal dunia selepas tersepit dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD).

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 8.05 malam dan seramai 10 anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi dengan sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipercayai bertembung dengan sebuah lori lapan tan.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Empat mangsa terlibat termasuk pemandu Toyota Hilux yang tersepit,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Menurutnya, pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan khas.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Muhammad Syazwan menambah, tiga lagi mangsa yang menaiki lori itu mengalami kecederaan dan diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum diserahkan pada pihak KKM untuk rawatan lanjut.

“Seterusnya, pasukan bomba menjalankan pemeriksaan kenderaan serta membuat pembersihan kawasan kemalangan menggunakan satu salur bantu mula (gelung hos).

“Operasi ditamatkan pada jam 9.24 malam selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi kejadian,” katanya.