Seorang maut, tiga cedera nahas babit kereta, lori

23 Nov 2023 • 4:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan tersebut. Pix Ihsan JBPM

LIPIS - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Jerantut-Kuala Lipis berhampiran loji air di sini pada Khamis.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Zulfadli Zakaria memberitahu, pihak bomba menerima panggilan pada jam 2.06 petang mengenai kejadian tersebut.

Menurutnya, tujuh anggota dan dua pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut bersama dua jentera dikerahkan ke tempat kejadian.

"Komander operasi melaporkan berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori dan kereta.

"Terdapat seorang lelaki dewasa yang juga pemandu kereta meninggal dunia manakala seorang perempuan dewasa cedera parah dan dua kanak-kanak lelaki cedera dalam kenderaan sama," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ujar beliau, seorang lelaki dewasa iaitu pemandu lori tersebut selamat dalam kejadian tersebut.

Jelas Zulfadli, pasukan bomba membuat operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat.

"Mangsa yang cedera iaitu perempuan dewasa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," tambah beliau.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved