Seorang pegawai JPJ cedera, dua terselamat, pacuan empat roda terbalik

14 Dec 2023 • 6:38 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUANTAN: Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cedera manakala dua lagi terselamat selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbalik di KM152 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan berkata dalam kejadian pada kira-kira 10.30 pagi itu, mangsa yang menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger milik JPJ itu sedang dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur.

“Akibat kemalangan itu penumpang belakang berusia 45 tahun mengalami kecederaan dan sedang mendapatkan rawatan di zon kuning Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mazlan dua lagi pegawai iaitu pemandu dan penumpang hadapan masing-masing berusia 34 tahun dan 56 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku akibat kenderaan hilang kawalan dan melanggar tebing tanah di laluan bertentangan sehingga terbalik,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -Bernama