Seorang pejuang kemerdekaan Palestin meninggal dunia

20 Dec 2022 • 6:59 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

RAMALLAH: Nasser Abu Hmeid, seorang pejuang kemerdekaan Palestin, meninggal dunia di hospital israel akibat kecuaian perubatan Pihak Berkuasa Penjara israel terhadap tahanan Palestin yang sakit.

Nasser Abu Hmeid yang merupakan komander Briged Syahid Al Aqsa telah berada di penjara israel sejak 2002 dan sedang menjalani tujuh hukuman penjara seumur hidup serta tambahan 50 tahun. Dia adalah salah seorang daripada lima beradik yang menjalani hukuman penjara seumur hidup di penjara israel.

Abu Hmeid disahkan menghidap kanser paru-paru pada Ogos 2021 selepas pihak berkuasa israel menangguhkan penyediaan pemeriksaan dan rawatan perubatan.

Persatuan Banduan Palestin (PPS) menuduh Perkhidmatan Penjara israel cuai dari segi perubatan kerana dengan sengaja enggan memberikan rawatan kepada banduan yang sakit.

Rakyat Palestin dijangka akan berarak di bandar-bandar utama Tebing Barat bagi menyokong keluarganya dan membantah kecuaian perubatan terhadap tahanan Palestin.

Terkini kira-kira 600 orang pejuang kemerdekaan Palestin yang sakit ditahan di belakang penjara israel, termasuk 24 yang menghidap kanser dan tumor pada pelbagai peringkat.

image is not available

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik :

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini