Seorang pelajar lelaki lemas, mandi-manda dengan rakan di Tasik Cermin

14 Jan 2023 • 4:50 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 14 JAN: Seorang pelajar Sekolah Menengah Sungai Kapar Indah, Klang dekat sini ditemukan lemas ketika mandi bersama enam rakannya di Tasik Cermin, di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata susulan itu, seramai 11 anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba Kota Anggerik, digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 12.16 tengah hari tadi.

“Setibanya di lokasi kejadian pada jam 12.30 tengah hari, pihaknya memulakan operasi mencari dan menyelamat Muhammad Khairul Hamizan Mustapa, 16, yang disedari hilang oleh salah seorang rakannya,” katanya dalam kenyataan.

Norazam berkata mayat pelajar lelaki itu kemudiannya ditemukan di dasar tasik pada kedalaman lebih 3 meter kira-kira 4.5 meter dari tebing tasik berkenaan pada 2.15 petang.

“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Shah Alam di sini untuk bedah siasat,” katanya.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved