Seorang Pendaki Malaysia Berjaya Diselamatkan, Dua Lagi Terperangkap Di Gunung Denali

31 May 2024 • 4:42 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang daripada tiga pendaki Malaysia di Gunung Denali, Alaska, Amerika Syarikat berjaya diselamatkan, manakala dua lagi masih terperangkap di puncak berketinggian kira-kira 19000 kaki.

Menerusi hantaran di Facebook, wakil Kelab Jelajah Alpine memaklumkan bahawa salah seorang pendaki Muhammad Illaham Ishak, 47, kini berada di hospital untuk mendapatkan rawatan.

image is not available

Foto: FB IllhamIshak Am

Dalam pada itu, dua lagi pendaki iaitu Zainudin Lot, 47, dan Zulfikli Yusuf, 37, dilaporkan masih berlindung dalam gua salji sambil menantikan pasukan penyelamat di kawasan ‘Football Field’ berketinggian 19,000 kaki.

image is not available

“Pihak Park Ranger bersedia untuk proses menyelamat dan masih menunggu cuaca yang membenarkan helikopter untuk terbang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

image is not available

Foto: FB Alpine Club Malaysia

image is not available

Foto: FB Alpine Club Malaysia

“Beberapa pendaki yang lalu memberikan bantuan makanan dan peralatan. Keadaan mereka stabil di khuatiri hyporthermia dan frostbite.
“⁠Kami mengharapkan cuaca membaik pada hari ini dan mereka dapat dikeluarkan segera,” ujarnya lagi.

Sumber: Facebook Alpine Club Malaysia