“Seorang Pendosa! Sila Unfollow Akaun Ini, Terima Kasih” – Eriqa Astillah

LocalEntertainment
5 Apr 2024 • 9:10 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
eriqa astillah

Bella Astillah sebelum ini mendedahkan suaminya, Aliff Aziz pernah curang dengan adik kandungnya sendiri, Eriqa Astillah.

Pendedahan itu sememangnya mengejutkan dan rata-rata netizen mula mencari siapakah Eriqa ini.

image is not available

Netizen Malaysia ni memang pantas benda-benda macam ni dan mereka pun sudah menjumpai laman sosial milik Eriqa yang tidaklah begitu aktif. Bagaimanapun, jumlah pengikut Eriqa tetap bertambah sejak pendedahan hari tu.

Apa yang lebih menarik perhatian, Eriqa turut meletakkan bio yang meminta orang ramai tidak mengikuti akaunnya kerana dia merupakan seorang pendosa.

A sinner. Pls unfollow this acc tq. – Tulis Eriqa.

image is not available

Sebelum ini, seorang individu yang dipercayai ahli keluarga Bella turut meluahkan rasa kecewa terhadap Bella yang membuka aib keluarga.

Katanya, Aliff lah yang merupakan punca kepada perpecahan keluarga mereka dan menyalahkan Bella kerana tetap berpihak pada suaminya ketika itu.

Kredit: Portal

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.