Seorang penyelam TLDM meninggal dunia ketika operasi salvaj KD Pendekar

LocalPolitics
28 Aug 2024 • 8:37 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

JOHOR BAHRU - Seorang anggota penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) disahkan meninggal dunia ketika melaksanakan operasi salvaj untuk menyelamatkan bangkai Kapal Diraja (KD) Pendekar yang karam di perairan Tanjung Penyusop, Kota Tinggi di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Mohd Syamsuri Mohamad mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu namun tiada butiran lanjut diberikan.

“Pihak kami ada terima laporan dan masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

KD Pendekar tenggelam di perairan Tanjung Penyusop selepas mengalami kebocoran dipecayai akibat terlanggar objek bawah air pada 25 Ogos lepas.

Bagaimanapun, usaha pantas komuniti maritim berjaya menyelamatkan kesemua 39 kru KD Pendekar sebelum kapal itu tenggelam. - 28 Ogos, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved