Seorang rentung, unit pangsapuri terbakar

1 Feb 2023 • 9:49 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebuah unit unit pangsapuri di Flora Damansara di sini, terbakar pada Selasa.

PETALING JAYA - Seorang individu ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah unit pangsapuri di Flora Damansara di sini, pada Selasa.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, Pusat Gerakan Operasi Selangor menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.13 malam Selasa.

"Seramai 25 anggota dan pegawai serta lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara, BBP Kota Anggerik, BBP Sungai Buloh, BBP Seksyen 7 dan BBP Puchong bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian pada jam 9.22 malam.

“Setibanya di lokasi kejadian, kita mendapati sebuah unit di tingkat 21 pangsapuri berkenaan terbakar hampir 90 peratus.

“Setakat ini seorang mangsa yang belum dikenal pasti dilaporkan rentung dalam kebakaran tersebut,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved