Seorang warga Palestin meninggal dunia akibat tembakan israel di Jericho

2 Mar 2023 • 8:15 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

RAMALLAH : Seorang warga Palestin yang cedera sebelum ini semasa serangan tentera israel di kem pelarian Aqbat Jabr, Jericho telah meninggal dunia akibat kecederaannya, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Perkara ini dimaklumkan oleh Pihak Berkuasa Hal Ehwal Awam, yang berhubung dengan pihak israel, bahawa Mahmoud Jamal Hamdan, 22, meninggal dunia akibat kecederaan kritikal yang diterimanya sebelum ini semasa serangan ke atas kem pelarian.

Hamdan cedera dan ditahan bersama lima orang lain daripada satu keluarga termasuk empat beradik lelaki, serta anak kepada salah seorang daripada mereka.

Israel mengenakan penutupan ketat ke atas bandar purba Jericho, timur Tebing Barat, berikutan serangan tembakan di lebuh raya di luar bandar itu yang menyebabkan seorang askar israel maut.

Tentera israel mendakwa Hamdan terlibat dalam serangan itu.

Kem pelarian itu merupakan tempat serangan tentera israel yang berakhir dengan penembakan dan pembunuhan lima rakyat Palestin.

Tentera israel membunuh dan menyebabkan kematian 66 rakyat Palestin sejak awal tahun.

image is not available

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia