Seoul Garden Boulevard Sudah Dibuka, Orang Bintulu Kini Boleh Nikmati Buffet ‘Unlimited’ Ala Korea

18 Mar 2023 • 10:03 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Port makan best di Bintulu.

Seoul Garden Boulevard Sudah Dibuka, Orang Bintulu Kini Boleh Nikmati Buffet ‘Unlimited’ Ala Korea. Buat orang Bintulu di luar sana, anda kini boleh menikmati makanan lazat secara unlimited di Seoul Garden Restaurant, Boulevard Shopping Mall!

Jika anda ingin menikmati makanan Korea yang lazat, Seoul Garden menyediakan pelbagai menu makanan menarik yang dijamin Halal untuk anda.

image is not available
Seoul Garden Boulevard Sudah Dibuka, Orang Bintulu Kini Boleh Nikmati Buffet ‘Unlimited’ Ala Korea. Sumber foto: FB Boulevard Shopping Mall Bintulu

image is not available
Sumber foto: Seoul Garden

Baru sahaja dibuka hari ini

Baru sahaja melancarkan Grand Openingnya pada hari ini iaitu pada 18 Mac ini, Seoul Garden menawarkan menu ala carte dan juga Buffet yang menarik untuk anda.

Jika anda ingin menikmati menu steamboat premium yang unlimited, Seoul Garden adalah pilihan yang paling sesuai untuk anda.Pelbagai perapan Ayam, Daging, Kambing, Ikan, Udang, Ketam, Smoked Duck dan banyak lagi untuk anda makan bersama steamboat anda.

image is not available
Sumber foto: FB Elniza Azmi

image is not available
Sumber foto: FB Boulevard Shopping Mall Bintulu

Menu ala carte di Seoul Garden

Untuk menu ala carte nya pula, Seoul Garden menyediakan pelbagai menu makanan Korea seperti Tteobokki, Chicken Soondubu, Japchae Beef, Mala Chicken Wings dan banyak lagi.

Jadi tunggu apa lagi orang Bintulu, jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati pelbagai menu enak dan mantap dari Seoul Garden di Boulevard Shopping Mall Bintulu ini!

Lagi tempat makan menarik di Bintulu untuk anda: