Sepanyol rancang iktiraf Negara Palestin ‘sebelum musim panas’: PM Sanchez

3 Apr 2024 • 8:27 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Sepanyol merancang untuk mengiktiraf secara rasmi Negara Palestin “sebelum musim panas,” kata Perdana Menteri Pedro Sanchez.

Sanchez membuat pengumuman itu pada Isnin semasa perbualan tidak rasmi dengan wartawan yang bersamanya dalam perjalanan rasmi ke Timur Tengah, menurut laporan media tempatan.

Pada 9 Mac, Sanchez berkata beliau akan mencadangkan supaya parlimen Sepanyol mengiktiraf negara Palestin.

Baru-baru ini, pemimpin Sepanyol, Ireland, Slovenia dan Malta mengeluarkan kenyataan bersama yang mengumumkan bahawa mereka akan mengiktiraf negara Palestin.

Kenyataan itu berkata pemimpin negara bersetuju bahawa “satu-satunya cara untuk mencapai keamanan dan kestabilan yang berkekalan di rantau ini adalah melalui pelaksanaan penyelesaian dua negara, dengan israel dan Palestin hidup bersebelahan dalam keamanan dan keselamatan.”

SUMBER: AA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved