“Separuh Pun Tak..” – Konsert Pertama Dalam 23 Tahun, Uhm Junghwa Sedih Jualan Tiket Rendah

Music
5 Dec 2023 • 11:48 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Sebelum berlakon, Uhm Jung-hwa juga telah melakukan debutnya sebagai seorang penyanyi.

Baru-baru ini, Uhm Jung-hwa telah mengumumkan konsert pertamanya dalam tempoh 23 tahun, yang akan berlangsung pada 9 dan 10 Disember ini.

Namun menerusi program YouTube Jung Jae-hyung, wanita itu meluahkan kekecewaannya mengenai jualan tiket konsert yang rendah. Luahnya,

Ia belum lagi hampir habis dijual. Apabila saya membuat keputusan untuk mengadakan konsert, saya menjangkakan separuh dari tiket akan dijual pada hari pertama. Tetapi itu bukan mudah..walaupun konsert saya berlangsung di dewan kecil.

image is not available

Sambungnya lagi dengan ekspresi sedih,

Saya kecewa apabila saya memikirkannya. Selepas tahu bahawa tidak banyak tiket dijual pada hari pertama penjualan, saya telefon Yoo Jae-suk dan Kim Young-chul untuk bertanya sama ada mereka boleh membenarkan saya untuk muncul di program mereka. Dengan cara itu, saya boleh beritahu ramai orang tentang konsert saya.

Jom support Uhm Jung-hwa guys!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.