“Seperti Mesyuarat Untuk Cari Cara Nak Kenakan AS” – China Melawat Malaysia, Ini Komen Donald Trump

LocalPolitics
16 Apr 2025 • 10:51 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, satu ucapan ‘pedas’ yang dilontarkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, telah mencuri perhatian ramai.

‘Macam nak jatuhkan Amerika Syarikat..’

Dalam video yang dimuat naik di akaun CNN, kelihatan Trump mengulas lawatan Presiden China, Xi Jinping ke negara Vietnam, Malaysia dan Kemboja.

Saya tak salahkan China. Saya tak salahkan Vietnam. Saya tak salahkan (negara ASEAN).. Tapi bila bertemu seperti itu, bukankah itu menarik? Seperti satu mesyuarat untuk cari cara bagaimana nak kenakan Amerika Syarikat.

@cnn Chinese President Xi Jinping is on a tour of Southeast Asia, positioning China as a stable partner in contrast to the US. President Donald Trump reacted saying the tour was a chance to “screw” the US. CNN’s Kristie Lu Stout reports. #cnn #news ♬ original sound – CNN

Biarpun tidak kelihatan bimbang, tapi daripada sindiran yang dilontarkan, kelihatan Trump bimbang dengan hubungan erat China dan negara-negara serantau.

China lebih stabil berbanding AS

Lawatan Xi Jinping bukan sekadar kunjungan hormat, tapi satu langkah strategik untuk menunjukkan China adalah rakan yang stabil, setia dan sedia membantu, di mana ia merupakan kesukaran buat negara AS lakukan sejak Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Difahamkan, di Malaysia, beliau dijangka akan mengukuhkan lagi hubungan ekonomi melalui pelaburan infrastruktur, perdagangan dan kerjasama teknologi.

image is not available 6 days ago

Trump Tangguh Tarif 90 Hari Tapi Terus ‘Tekan’ China Dengan Kenaikan Sehingga 125%