“Sepertinya Aku Memilih Satu Keputusan Salah” – Adik ‘Pergi’ 4 Jam Selepas Ditidurkan, Abang Luah Rasa Sayu

4 Jan 2024 • 3:21 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Wan Chai meluahkan rasa sayu apabila adik perempuan bongsunya meninggal dunia selepas lima bulan melahirkan zuriat pertama.

Dalam satu perkongsian di Facebook, Wan Cai berkata adiknya belum sempat merasai nikmat menjadi seorang ibu apabila diuji dengan masalah kesihatan.

image is not available

Difahamkan, allahyarham Nur Hidayu diserang strok selepas 20 hari melahirkan anaknya secara pembedahan.

image is not available

Hampir lima bulan allahyarham cuba melawan penyakit dan beberapa kali keluar masuk wad di Hospital Klang dalam tempoh itu.

Jumaat lalu, arwah dibenarkan balik ke rumah selepas sebulan berada di wad. Kata Wan Cai adiknya sangat gembira dan ada beritahu nak pulang ke kampung.

image is not available

image is not available

Tetapi dua hari selepas itu, kesihatan arwah mula merosot dan dibawa semula ke hospital. Dengan berat hati, pihak keluarga membenarkan arwah ditidurkan di atas saranan doktor.

Selepas 4 jam ditidurkan dan dipakaikan alat bantuan pernafasan, pihak keluarga dimaklumkan arwah telah meninggal dunia.

Menerima takdir pemergian arwah dengan reda, pihak keluarga menyempurnakan jenazah dengan penuh hormat. Jenazah diuruskan oleh rakan-rakan arwah sendiri di Unit Khas Van Jenazah HQ dan diiringi 8 buah jentera NGO itu.

image is not available

Jelas Wan Cai, dia sama sekali tidak menyalahkan doktor tetapi perasaan bersalah menyelubungi dirinya. Dia juga tidak menolak qada dan qadar yang telah ditentukan Allah SWT.

Kredit: Facebook Wan Cai Official

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.