
SANDAKAN: Sepilok Jazz ialah contoh penting bagaimana seni dan pemuliharaan dapat bergandingan untuk mewujudkan kesedaran di samping meningkatkan industri pelancongan kita.
Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong berkata acara seperti ini memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi tempatan dan meletakkan Sabah dalam peta sebagai destinasi untuk pengalaman eko-pelancongan dan budaya.
Dianjurkan oleh Friends of Sea Turtles Education and Research (Foster), acara itu akan berlangsung pada 6 dan 7 Sept di Rainforest Discovery Centre di Sandakan, bertujuan mengumpul dana penting bagi pemuliharaan penyu di Pulau Libaran.
“Sebagai wakil rakyat, saya komited untuk menyokong inisiatif sedemikian, yang bukan sahaja melindungi hidupan liar kita tetapi juga meraikan kekayaan warisan budaya kita,” katanya.
SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more Sementara itu, Presiden Foster, Alexander Yee berkata beliau cukup bersemangat untuk acara tersebut dan menekankan kepentingan sokongan orang ramai.
Alexander berkata setiap tiket yang dibeli menyumbang secara langsung kepada kesinambungan program pemuliharaan penyu Foster.
“Sokongan orang ramai penting untuk mengekalkan program pemuliharaan kami. Setiap tiket yang dijual mewakili satu langkah ke arah melindungi penyu kita yang terancam, memastikan kelangsungan hidup mereka untuk generasi akan datang.
“Kami berharap orang ramai akan datang untuk jazz tetapi pergi dengan rasa puas hati telah menyumbang kepada sesuatu yang lebih besar,” tambah Alexander.
Sepilok Jazz Edisi Ketiga tahun ini adalah sebahagian daripada Kalendar Festival Sandakan 2024, yang diluluskan oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).
Acara itu bukan sahaja membantu menyokong usaha pemuliharaan penyu Foster, tetapi ia juga bertujuan untuk meningkatkan pelancongan Sandakan dan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk menghargai pemuliharaan dan muzik jazz, memupuk bakat mereka ke tahap yang lebih tinggi.
Tiket boleh didapati sekarang. Hubungi 019-5246507 atau lawati halaman Facebook Sepilok Jazz untuk tempahan dan membantu melindungi penyu kita.
Foster merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Vivian Wong atas sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap misi pemuliharaan mereka dan untuk memperjuangkan masa depan di mana warisan budaya dan alam sekitar Sandakan dipelihara dan diraikan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

