‘Sepupu tu adalah rekaan semata-mata’ – Wanita mohon maaf, mengaku fitnah Imigresen

LocalPolitics
11 Jan 2025 • 4:18 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Baru-baru ini, hantaran di Facebook oleh seorang individu, Camellia Khaleed, mencetuskan kontroversi apabila beliau mendakwa pelancong dari Tanah Besar China tidak perlu menjalani pemeriksaan imigresen di lapangan terbang. Dalam hantaran tersebut, Camellia menyatakan:

“Sepupu akak kerja Imigresen airport. Arahan dari menteri kata tak boleh tahan dan tak perlu pemeriksaan bagi kemasukkan pelancong dari Tanah Besar China. And yes, their belongings memang tak masuk akal sebagai pelancng. And yes, diorang cuma masuk tapi tak ada yang keluar dari Malaysia,” tulisnya.

image is not available

JIM tampil menafikan

Susulan dakwaan tersebut, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tampil menafikan kenyataan itu dan menyifatkannya sebagai tidak berasas serta berpotensi menjejaskan imej jabatan. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, menegaskan bahawa semua pelancong, termasuk dari China, wajib melalui prosedur pemeriksaan seperti biasa.

Zakaria menjelaskan bahawa peningkatan kemasukan pelancong warga China ke Malaysia adalah hasil daripada promosi pelancongan melalui Pelan Liberalisasi Visa (PLV). Beliau turut menyatakan bahawa kadar kemasukan warga China meningkat 140% kepada 3.9 juta tahun lalu berbanding 1.6 juta pada 2023.

Beliau menambah, pelaksanaan kemudahan autogate di KLIA dan Terminal 2 bagi pelawat dari 63 negara, termasuk China, bertujuan mempermudah proses masuk tanpa mengabaikan aspek keselamatan. Data biometrik dan pengecaman wajah tetap digunakan untuk memastikan kawalan keselamatan yang ketat.

Permohonan maaf Camellia Khaleed

Camellia kemudian dihubungi pihak atasan yang meminta beliau memberikan maklumat mengenai dakwaannya. Ketika diminta menjelaskan, Camellia mengaku bahawa dakwaan mengenai “sepupu” yang bekerja di imigresen adalah rekaan semata-mata.

“Saya minta maaf atas penulisan tersebut. Saya mengaku mendengar tetapi ‘sepupu’ itu adalah rekaan semata-mata. Saya mohon agar tuan-tuan maafkan saya,” katanya.

Pihak atasan turut menekankan bahawa fitnah tersebut telah mencemarkan nama baik jabatan awam dan meminta Camellia untuk memohon maaf secara terbuka. Susulan itu, Camellia memuat naik permohonan maaf di Facebook:

image is not available

“Dengan rendah hati, saya Camellia Khaleed ingin memohon maaf di atas respon yang telah dibuat sebelum ini tentang hantaran dari akaun seorang individu. Saya amat kesal di atas perilaku tersebut. Terima kasih.”