Seputar Selera Minggu Ini

FoodCooking
11 Jul 2022 • 10:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar ihsan Common Man Coffee Roasters dan Five Guys

Seputar selera minggu ini dimulakan dengan pengenalan sajian terkini daripada Common Man Coffee Roasters (CMCR) dan kehadiran rangkaian makanan segera Five Guys di Malaysia. Tidak ketinggalan kupasan menu terbaharu Domino’s sempena ulang tahun yang ke-25. 

image is not available
Pilihan sajian enak di Coffee Man Coffee Roasters - Gambar ihsan Common Man Coffee Roasters

Common Man Coffee Roasters (CMCR)

Common Man Coffee Roasters (CMCR) merupakan restoran berkonsepkan kafe yang mempunyai kepakaran dalam penyediaan minuman kopi. Biji kopi yang digunakan adalah sumber lestari mereka yang dipanggang segar dari Singapura dan disediakan oleh barista terlatih di Akademi CMCR. 

Pada 1 Julai baru-baru ini,  sebuah pelancaran telah diadakan di CMCR Kuala Lumpur untuk memperkenalkan menu baharu mereka yang memaparkan pilihan sajian enak dan menyelerakan. Ini termasuk hidangan sarapan pagi, sajian brunch, aneka salad, sandwich dan hidangan utama CMCR.

image is not available
Common Man Caesar Salad - Gambar ihsan Common Man Coffee Roasters

Antara menu baharunya ialah Common Man Caesar yang menampilkan salad Caesar klasik menggunakan daun Baby Romaine rangup bersama kubis Brussels hangus. Dihiasi pula dengan sos salad Caesar buatan sendiri dengan tambahan rasa keju parmesan. 

Dimakan bersama keju stracciatella, dada ayam panggang dan serbuk roti sourdough menambah lagi tekstur dan rasa salad tersebut.

image is not available
Umami Mushroom Avocado Toast - Gambar ihsan Common Man Coffee Roasters

Sajian kedua pula diberi nama Umami Mushroom Avocado Toast. Ia menggunakan roti sourdough focaccia bakar buatan sendiri lalu disapukan krim avokado serta cendawan liar saute bersama sos berilhamkan teriyaki karya CMCR.

image is not available
Smashed Burger - Gambar ihsan Common Man Coffee Roasters

Tidak lupa Smashed Burger yang dihasilkan menerusi daging daging dikisar bersama sumsum tulang dan dimasak sehingga garing tetapi masih lembut serta berjus di dalam. Daging tersebut diapit antara dua roti brioche bakar, sos barbeku ubi bit dan dihiasi dengan keju cheddar, jem bawang serta kentang goreng berherba sebagai hidangan sampingan.

image is not available
Aneka pilihan rasa Five Guys - Gambar ihsan Five Guys

Reka Burger Pilihan Anda di Five Guys

Jenama makanan segera tersohor antarabangsa Five Guys akhirnya mendarat di Kuala Lumpur.

Di sini mereka menggalakkan anda mencuba aneka kombinasi dan rasa yang ada dengan memilih salah satu daripada 15 bahan-bahan yang disediakan untuk dimasukkan ke dalam burger anda.

Menurut mereka terdapat lebih daripada 250,000 cara untuk mencipta kombinasi burger. Jadi ciptalah yang paling anda sukai.

image is not available
Burger ternama Five Guys - Gambar ihsan Five Guys

Satu lagi keistimewaan mereka adalah kentang goreng mereka dipotong segar setiap hari setelah dibasuh dan direndam untuk membuang kandungan kanji. Dimasak dengan minyak kacang, mereka juga mempunyai pilihan Cajun Fries yang ada rasa lebih pedas namun menyelerakan.

Malah setiap hari kentang yang digunakan diterbangkan dari negara berlainan! Nama negara pembekal kentang akan tertera di kaunter restoran setiap hari.

image is not available
Susu kocak manis, menyegarkan - Gambar ihsan Five Guys

Five Guys kini boleh didapati di cawangan Pavilion Kuala Lumpur dan Genting Highlands.

Maklumat lanjut, layari laman web Five Guys.

image is not available
Sedar atau tidak, sudah 25 tahun Domino's Pizza bertapak di Malaysia! - Gambar ihsan Domino's Pizza

Domino’s Pizza Sambut Ulang tahun Ke-25 

Tanpa disedari sudah 25 tahun Domino’s Pizza menghidangkan pizza yang enak dan lazat kepada rakyat Malaysia mengikut citarasa tempatan.

Antara menu khas yang pernah mereka hasilkan termasuk Crunchy Thin Crust pada 1998, perisa ala-ala pedas Spicy Sambal dan Flaming Tuna, hidangan sampingan seperti Spaghetti Chicken Bolognese dan pencuci mulut pertama mereka iaitu ais krim premium coklat dan vanila serta banyak lagi. 

Pelbagai aneka perisa piza telah tercipta termasuk menu tahun 2022 iaitu Mega Cheese Pizza yang memiliki setengah kilo keju di atas permukaan roti piza bagi memenuhi cita rasa pelanggan. 

Sempena ulang tahun kali ini, Domino’s ingin membuat penghargaan kepada para pelanggan dengan memberikan 25,000 pizza secara percuma sehingga akhir tahun.

Untuk maklumat lanjut log masuk di pautan yang disediakan. - Getaran, 11 Julai 2022