Seragam sekolah berkedut, guru kembalikan senyuman murid hadiahkan seterika baru!

LocalFamily & Parenting
5 Nov 2024 • 4:30 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Hadiahkan seterika baru

Seorang guru yang dikenali sebagai Saidi Yusof hadiahkan seterika baru untuk anak muridnya yang hadir ke sekolah dalam keadaan baju berkedut.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Saidi di laman TikToknya, dapat dilihat pakaian seragam seorang murid perempuan dalam keadaan tidak terurus kerana dipercayai tidak mempunyai seterika di rumahnya.

Hadiahkan seterika baru

@msaidiyusof

Lepas ni tak payah nak kongsi lagi boleh gosok baju anak cantik2 biar dia pergi sekolah dengan senyuman#syukurselalu #anak #vilagelife #fyp

♬ original sound - BUKAN LAYKA - BUKAN LAYKA

Kasihan dengan nasib yang menimpa murid tersebut, Saidi telah menziarahi kediaman anak muridnya itu dengan menyumbangkan seterika jenama tempatan.

image is not available

image is not available

“Kerana seterika, dapat kembalikan senyumannya.

“Lepas ini tak payah nak kongsi lagi, boleh gosok baju anak cantik-cantik biar dia pergi sekolah dengan senyuman,” katanya.

Hasil pemberian peralatan elektrik tersebut, penampilan anak muridnya itu telah berubah kepada lebih kemas selain dapat kembali ke sekolah dalam keadaan ceria.

Hadiahkan seterika baru

image is not available

Terima kasih cikgu!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan terima kasih kepada guru tersebut yang bermurah hati dan prihatin membantu anak muridnya yang memerlukan bantuan.

image is not availableimage is not available

Ada netizen imbau kenangan dulu

Dalam pada itu, ada juga segelintir individu yang mengimbau semula kenangan mereka sewaktu di sekolah rendah dimana mengalami pengalaman yang sama seperti kanak-kanak tersebut.

image is not available

Sumber: TikTok @Saidiyusof