Serah kepada pucuk pimpinan: James

Politics
6 Feb 2023 • 3:34 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Adun Sugut Datuk James Ratib menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti berkenaan tindakan yang bakal dikenakan terhadap lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti Umno, termasuk dirinya.

“Kita serahkan kepada pucuk pimpinan. Kita ini ikut sahaja.. Sebagai ahli parti, kita ikut sahaja apa tindakan mereka (parti). Mereka gantung, kita terima, mereka pecat, kita terima kerana mereka yang berkuasa. Kita hanyalah Adun biasa.

“Sebagai ahli parti, tiada masalah. Terpulang kepada mereka.. Kalau mereka pecat, pecatlah. Kalau mereka gantung, gantunglah. Kalau mereka biarkan kami, maka begitulah,” ulangnya.

James diminta memberikan komen berhubung lima Adun Umno yang menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan Sabah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor akan diambil tindakan oleh Umno. Selain James, empat lagi Adun terlibat ialah Datuk Ir Shahelmy Yahya (Tanjung Keramat), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit), Datuk Dr. Yusof Yacob (Sindumin) dan Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk).

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada penghujung Januari lalu melakukan langkah pembersihan parti dengan bertindak memecat dan menggantung pemimpin parti itu, termasuk bekas MP Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Umno turut menggantung keahlian beberapa pemimpin lain selama enam tahun, antaranya Ahli Parlimen Sembrong yang juga Naib Presiden, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.