Seram, Tengah Santai Berehat Singa Tiba-tiba Datang Jilat Khemah

9 Sep 2023 • 12:09 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Seram, Tengah Santai Berehat Singa Tiba-tiba Datang Jilat Khemah

Pada zaman serba moden ini, pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan oleh mereka yang ingin menghabiskan masa cuti di hujung minggu.

Untuk santai-santai, anda boleh berkunjung ke taman-taman termasuk tama tema yang ada di serata tempat.

Jika anda meminati aktiviti lasak, negara seperti Malaysia juga mempunyai pelbagai tarikan alam semula jadi yang sangat mengujakan.

Pengalaman menarik sewaktu melakukan aktiviti ini pasti menjadi memori terindah setiap orang yang menikmatinya.

Namun begitu, ada kalanya aktiviti luar khususnya bermalam di hutan menjanjikan pengalaman yang tidak terduga, yang jarang-jarang kita alami.

Seperti nasib individu ini yang berdepan dengan pengalaman yang menyeramkan sewaktu berkhemah di kawasan rimba.

Video pengalaman menyeramkan individu tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @followviralinrbow.

Menerusi perkongsian video itu, individu itu dipercayai sedang berada di dalam khemahnya dan secara tiba-tiba didekati singa.

Bukan seekor, tapi dua ekor singa yang datang jilat khemah

Apa yang lebih menggerunkan, bukan seekor singa yang muncul tetapi dua ekor singa betina yang muncul.

image is not available
Kredit TikTok

Dua ekor singa itu kemudiannya bertindak menjilat khemah individu tersebut. Dia yang berada di dalam khemah itu hanya membatu dan merakam aksi dua ekor singa tersebut.

Singa terbabit kelihat leka menjilat jaring yang berada di khemah milik individu tersebut.

image is not available
Kredit TikTok

Bagaimanapun, lokasi kejadian dan bila ia dirakam tidak dapat dikenal pasti berikutan kekurangan maklumat yang dikongsikan oleh pemilik video tersebut.

Muat naik video itu dengan pantas mendapat perhatian pengguna media sosial tersebut. Mereka dilihat meninggalkan komen berkenaan pengalaman individu terbabit.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Dua ekor wei. Aku sanggup duduk dalam beg pakaian,” tulis seorang netizen yang mahu menyorok jika bertembung dengan haiwan itu.

“Mereka yang berkhemah aku pulak yang berdebar-debar,” tulis seorang netizen yang berdebar melihat video tersebut.

“Kalau aku ditempat kau bang. Pasti dah pengsan,” tulis seorang lagi.

@followviralinbrow

Kalian bakal ngapain kalo pas ada di posisi ini? : (unknown) #viralinbrow

♬ suara asli – Viralinbrow – Viralinbrow

Sumber: TikTok/@followviralinbrow