Seramai 1,845,045 jemaah direkodkan bagi musim Haji 2023

28 Jun 2023 • 11:10 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

MEKAH: Perhitungan Jabatan Perangkaan Am Arab Saudi menunjukkan jumlah jemaah haji bagi musim kali ini mencecah 1,845,045 jemaah, termasuk 184,130 jemaah domestik.

“Daripada jumlah itu, seramai 1,660,915 merupakan jemaah antarabangsa yang tiba dari lebih 150 negara,” lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Jemaah antarabangsa dari negara-negara Asia dilaporkan paling ramai mewakili 63.5% atau 1,056,317 jemaah diikuti negara-negara Arab (21% : 346,214), Afrika (13.4% : 221,863) dan Barat termasuk Eropah, Amerika dan Australia serta lain-lain negara yang tiada kategori (2.1% : 36,521).

image is not available

image is not available
Jemaah Haji yang berkumpul untuk bermalam di Muzdalifah

Menurut jabatan itu lagi, seramai 1,593,271 jemaah tiba melalui lapangan terbang termasuk 242,272 di bawah inisiatif ‘Makkah Route’.

Jumlah ketibaan melalui jalan darat pula seramai 60,813 jemaah, manakala 6,831 jemaah tiba melalui pelabuhan laut.

image is not available

Hampir 1.9 juta umat Islam seluruh dunia termasuk 31,600 jemaah Haji Malaysia bermalam di Muzdalifah malam tadi.

Di Mina, mereka akan melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah bersamaan 28 Jun sebelum melontar ketiga-tiga jamrah iaitu Jamrah Sughra, Jamrah Wusta dan Jamrah Kubra pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.