Seramai 127 warganegara Malaysia jadi mangsa sindiket POGO dikenalpasti

30 Jun 2023 • 8:42 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PUTRAJAYA: Kementerian Luar berjaya mengenalpasti seramai 127 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket buruh paksa hab Philippine Offshore Gaming Operator (POGO) yang ditumpaskan pihak berkuasa Filipina pada Selasa.

Kementerian dalam satu kenyataan berkata mereka adalah antara sejumlah 134 orang mangsa yang dipercayai warganegara Malaysia.

“Kesemua mangsa telah diselamatkan oleh polis Filipina semasa operasi serbuan ke atas POGO pada 27 Jun lepas,” kata kenyataan itu.

Kementerian berkata hasil lawatan konsular yang telah diadakan ke atas mangsa-mangsa warganegara Malaysia mendapati kesemua mangsa berada dalam keadaan baik.

Bagaimanapun, kenyataan itu menyebut terdapat beberapa isu logistik dan kebajikan yang sedang diambil tindakan oleh pihak berkuasa tempatan untuk memastikan kesemua mangsa warganegara Malaysia berada dalam keadaan terbaik.

Sebarang maklumat terkini berkaitan perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved