Serangan Al-Aqsa: UNSC perlu pastikan israel bertanggungjawab – PM

6 Apr 2023 • 2:53 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa komuniti antarabangsa khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) memastikan rejim israel bertanggungjawab terhadap serbuan terhadap rakyat Palestin di kompleks Masjid Al-Aqsa, pada Rabu, menyebabkan sekurang-kurangnya 7 rakyat Palestin cedera.

Menyifatkan serangan itu sebagai jenayah keji, Perdana Menteri juga mendesak mereka membebaskan segera semua tahanan Palestin yang ditahan semasa serbuan tersebut.

Anwar berkata masyarakat antarabangsa mesti menuntut rejim Israel menghentikan serta-merta sebarang tindakan provokasi demi kepentingan keamanan dan kestabilan.

“Malaysia terus berdiri dalam solidariti yang kuat dengan rakyat Palestin dan mengulangi status Al-Quds Al-Sharif sebagai tapak suci umat Islam,” kata beliau di Twitter hari ini.

image is not available

Menurut laporan media, tentera Israel menyerbu Dewan Solat Al-Qibli di kompleks Masjid Al-Aqsa selepas solat tarawih, melepaskan bom pegun, memukul jemaah Palestin dan menahan kira-kira 350 jemaah.

Menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan Palestin, polis Israel mula membebaskan tahanan dengan syarat mereka dipindahkan dari Masjid Al-Aqsa dan Kota Lama Baitulmaqdis selama seminggu.

image is not available

Bagi umat Islam, Al-Aqsa merupakan tanah suci ke-3 dalam Islam.

Israel menduduki Baitulmaqdis Timur, kawasan terletaknya Al-Aqsa, semasa Perang Arab-Israel 1967.

Ia menggabungkan seluruh bandar pada 1980 dalam satu langkah yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.