Serangan Israel di Gaza korbankan 11 nyawa

19 Jul 2026 • 5:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Serangan Israel di Gaza korbankan 11 nyawa

Image from: Serangan Israel di Gaza korbankan 11 nyawa

GAZA – Serangan terbaharu tentera Israel di Semenanjung Gaza kelmarin  telah mengorbankan sekurang-kurangnya 11 nyawa, termasuk pasangan suami isteri bersama tiga anak mereka.

Serangan tersebut berlaku ketika perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan pejuang Hamas yang sedang berkuat kuasa, namun ia gagal menghentikan keganasan, selain usaha rundingan untuk menamatkan peperangan kini terus menemui jalan buntu.

Menurut kenyataan Agensi Pertahanan Awam Gaza, lima beranak berkenaan terkorban selepas serangan udara Israel memusnahkan sebuah pangsapuri kediaman di barat laut bandar Gaza.

“Satu-satunya ahli keluarga yang terselamat dalam tragedi ini ialah seorang kanak-kanak yang kebetulan berada di luar rumah semasa serangan berlaku,” jelas jurucakap agensi tersebut, Mahmoud Bassal. 

Pihak Hospital Al-Shifa turut mengesahkan telah menerima kesemua lima jenazah mangsa.

Sementara itu, jurucakap tentera Israel dalam satu kenyataan mempertahankan tindakan tersebut dengan mendakwa serangan itu menyasarkan “seorang pengganas Hamas”.

Bagaimanapun, dakwaan itu disangkal oleh penduduk setempat, Mousa Al-Aimawi yang menyaksikan kejadian itu menegaskan serangan berlaku secara mengejut tanpa sebarang amaran awal.

“Tiba-tiba sahaja peluru berpandu menghentam bangunan ini. Mereka menyerang tanpa mempedulikan kehadiran orang awam, kanak-kanak, dan wanita,” katanya kepada agensi berita AFP.

Dalam perkembangan sama, serangan udara berasingan di kawasan kejiranan Zeitoun mengorbankan tiga lagi orang awam. 

Beberapa jam kemudian, bedilan meriam Israel dilaporkan terkena sebuah khemah pelarian di timur Zeitoun, menyebabkan seorang wanita maut manakala beberapa yang lain, termasuk anak perempuannya, cedera. – AFP

 

The post Serangan Israel di Gaza korbankan 11 nyawa appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved