
SERANGAN jantung menjadi punca abang kepada pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad meninggal dunia.
Uyaina yang kehilangan abang sulungnya, Mejar Dr Mohd Attaful Uzair, 35, baru-baru ini mendedahkan keputusan ‘post mortem’ berjaya mengesan punca sebenar.
Perkara yang menjadi punca pemergian abangnya itu dikongsikan Uyaina menerusi siaran penstriman langsung di laman sosial Instagram.
Menerusi ‘live’ selama 23 minit, pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu mendedahkan abangnya seorang yang abangnya aktif.

“Saya sendiri didiagnosis with two hearts condition. Yang pertama, Supraventricular Tachycardiac (SVT) yang mana degup jantung saya laju. Yang kedua, Quadricuspid Aortic Valve (QAV) yang mana orang normal ada tiga tapi saya ada empat.
“Kami langsung tiada simptom. Dia tidak pernah jatuh, namun saya pernah terjatuh.
“Abang saya seorang yang sangat aktif dan mempraktikkan gaya hidup sihat. Sentiasa bersenamd dan suka berbasikal. Lagipun dia seorang tentera, dia perlu sentiasa ‘fit’,” kata Uyaina.

Menurut Uyaina, abangnya tidak menunjukkan sebarang simptom. Cuma lelaki itu pernah mengadu kepada isterinya simptom awal iaitu sakit dada.
Uyaina mengimbas kejadian serangan jantung dialami pada Mac 2019, dia terjatuh dan tidak boleh bernafas. Namun dalam kes abangnya baru-baru ini, Dr Mohd Attaful sedang melakukan aktiviti intensiti tinggi iaitu berbasikal.
“Ketika dia sedang berbasikal, dia terjatuh dan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Saya hanya ingin mengingatkan kita semua bahawa usia muda. Ketika didiagnos, saya berumur 27 tahun. Abang sulung saya meninggal pada usia 35 tahun.
“Kita semua perlu beringat bahawa serangan jantung dan ajal tidak mengenal usia. Kita merasakan sudah mengamalkan gaya hidup sihat, aktif, bersenam, tidak merokok dan menjaga pemakanan.
“Tetapi tolonglah buat pemeriksaan kesihatan menyeluruh. Jangan rasa diri sihat,” tuturnya.
Baca juga: Ibarat bom jangka, Azizulhasni kongsi detik cemas simptom sakit jantung sebelum Sukan Olimpik
Baca juga: Pemandu lori diserang sakit jantung ketika memandu, soalan pertama perakam video mengguris perasaan

Selain itu, Uyaina turut berkongsi salah satu faktor yang menyebabkan serangan jantung ialah genetik terutamanya membabitkan ahli keluarga yang mengalami serangan jantung pada usia muda.
“Bila imbas semula sejarah keluarga, kedua-dua belah ibu bapa mempunyai sejarah penyakit jantung. Take note dekat situ. Keturunan atau genetik, terutama jika membabitkan ibu bapa atau adik beradik yang terkena serangan jantung di usia muda,” katanya.
Sebelum ini Uyaina kehilangan bapa, Arshad Ibrahim meninggal dunia di New Zealand pada usia 37 tahun pada tahun 1997 sewaktu menjalankan tugas sebagai pegawai tentera laut. Ketika itu Uyaina baharu berusia lima tahun.
Baca juga: Sakit jantung: Orang muda tidak terkecuali
Sumber: Instagram Uyaina Arshad
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan
The post Serangan jantung punca abang Uyaina meninggal dunia, pesan golongan muda buat pemeriksaan appeared first on Sinar Plus.
