
PENAMPANG: Walaupun ada orang memburukkan imejnya, calon GRS Penampang, Kenny Chua (gambar), berkata itu tidak menghalang beliau daripada memberikan khidmat yang baik kepada penduduk dalam kawasan parlimen Penampang.
Chua berkata, serangan peribadi bertalu-talu untuk membunuh peribadinya itu tidak akan menghalangnya untuk memberi khidmat kepada penduduk di daerah ini.
Katanya, dia akan membawa perubahan seperti yang diingini penduduk di sini walaupun ada pihak yang cuba memburukkan imejnya agar rakyat di Penampang tidak mengundinya dan GRS.
“Pengundi di Penampang sudah bosan. Mereka mahukan perubahan. Mereka mahu penyelesaian kepada banyak masalah. Saya tawarkan diri untuk memenuhi kehendak mereka,” katanya menambah dia tidak kisah keperibadiannya diserang dan diburukkan.
Chua berkata demikian menjawab rakaman audio membabitkan dirinya yang ditularkan melalui WhatsApp.
Chua menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku lebih setahun lalu membabitkan antara beliau dan seorang bekas penyokong PBS.
“Sesiapa sahaja yang menularkan klip itu jelas cuba memusnahkan imej saya supaya penyokong PBS yang merupakan parti komponen GRS tidak akan mengundi saya.
“Hakikatnya semua anggota jentera pilihan raya GRS, termasuk PBS bersemangat tinggi dan bekerja keras sebagai satu pasukan yang padu untuk memenangi Penampang untuk rakyat,” katanya.
Katanya, dia sudah membuat laporan polis mengenai rakaman audio yang tular itu, pada Ahad.
Chua bagaimanapun memohon maaf jika audio itu menyinggung perasaan dan menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai. Beliau mengecam sebarang tindakan untuk mensabotaj kempennya hingga menimbulkan permusuhan dalam kalangan parti komponen GRS.
Chua berkata walaupun bertanding sebagai underdog, GRS mendapat sokongan padu daripada rakyat di parlimen termasuk di Kepayan yang dikenali sebagai kubu kuat DAP dan Pakatan Harapan.
Beliau berkata, ada petunjuk kukuh bahawa majoriti pengundi Cina di DUN itu akan mengundi seseorang yang mereka boleh kenal pasti dengan mereka.
“Salah satu isu utama di Kepayan adalah rakyat jarang melihat ahli parlimen dan wakil rakyat mereka. Mereka hanya berjumpa dengan mereka di majlis-majlis khas itupun dengan menghantar wakil mereka.
“Mereka kata kita boleh mengadu tentang banjir, kesesakan lalu lintas, kekurangan pembangunan dan peluang di Penampang. Tetapi semua ini tidak akan selesai jika mereka tidak dapat bertemu dengan wakil rakyat mereka,” katanya.
Sebagai Sino-Kadazan, Chua berkata beliau boleh merasa aspirasi dengan penduduk majoriti Cina di Kapayan dan orang Kadazan di Moyog yang mana kedua-dua DUN berada dalam parlimen Penampang.
Jika Chua memenangi kerusi itu, beliau akan menjadi ahli parlimen Sino-Kadazan pertama bagi Penampang.
Sementara itu, ramai orang di Penampang yang mendengar ucapan Kenny semasa jejak kempennya berkata, Penampang memerlukan pemimpin yang kuat dan lantang di parlimen.
Penampang adalah daerah yang sudah melahirkan ramai orang yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan dan dalam sektor swasta serta ahli perniagaan yang berjaya dalam dunia perniagaan.
Menurut mereka, ramai penduduk daerah itu yang pintar yang memahami cara kerja sesebuah kerajaan. Mereka mempunyai wawasan bagaimana Penampang sepatutnya boleh maju.
Mereka menganggap perwatakan Chua sesuai dengan jenis pemimpin yang diharapkan oleh penduduk Penampang. Mereka mahukan seseorang yang berani bersuara dan bekerja keras menunaikan janji,” kata seorang bekas kakitangan kerajaan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
