
Jauh dari perbatasan di ibu negara dan lalai dalam kehidupan seharian kita, adalah amat mudah bagi kita melupai mereka yang bertungkus lumus membanting keringat di perbatasan negara, berkorban jiwa dan raga demi keselamatan negara. Semalam merupakan satu hari biasa kepada kebanyakan kita. Namun, sepintas lalu peringatan yang dipasangkan dalam aplikasi Facebook mengingatkan suatu peristiwa berdarah yang telah berlaku sembilan tahuun lalu.
Pencerobohan Lahad Datu
Pencerobohan oleh pengganas Sulu dari Selatan Filipina pada Februari 2013, telah mendedahkan lompong keselamatan yang amat besar di Sabah. Tindakan mereka itu berhasil memaksa kerajaan Malaysia melancarkan Ops Daulat bagi membanteras ancaman mereka. Setelah membersihkan Sabah daripada ancaman mereka, kerajaan persekutuan telah menubuhkan Eastern Sabah Security Commission (ESSCOM). Penubuhan ESSCOM itu telah dibuat mirip dengan Rajang Area Security Commission (RASCOM) di Sarawak.
Peristiwa Pulau Mabul
Tarikh 12 Julai 2014. Ketika itu adalah bulan Ramadan. Muslimin seluruh dunia taat mengerjakan ibadat puasa dari subuh sehinggalah fajar menyinsing. Untuk Korporal Abdul Rajah Jamuan, 32 tahun dan Konstable Zakiah Aleip, 24 tahun, hari tersebut tiada beza kerana mereka menyahut panggilan pertiwi.
Korporal Abdul Rajah adalah seorang anak tempatan. Dia menyertai Polis Diraja Malaysia pada tahun 2002. Dengan penubuhan ESSCOM, Abdul Rajah telah mendapat arahan berpindah daripada Kontinjen Polis Perak kembali ke kampung halamannya. Dia juga tidak sabar menanti kehadiran bulan Julai. Anak lelaki sulungnya bakal mengecapi hari jadi pertamanya. Sejurus sebelum keluar untuk rondaan ke Pulau Mabul, dia mengirimkan pesanan ringkas kepada isterinya selama 8 tahun, Puan Salamah Amad, 26 mengenai anak mereka.
Konstabel Zakiah Aleip juga anak tempatan dari Tamparuli telah berpindah kembali ke Sabah selepas berkelana ke Kontinjen Polis Pulau Pinang. Dia telah menyertai pasukan polis lebih kemudiam pada tahun 2010. Dia juga baharu sahaja bergelar ayah.
Biarpun hati masing-masing menginginkan masa untuk berbuka puasa serta menunaikan tanggungjawab agama bersama dengan keluarga mereka, mereka tetap menyahut panggilan pertiwi. Dua orang anggota polis lain turut menyertai rondaan mereka yang kemudiannya akan tamat di sebuat pusat peranginan yang dipanggil Mabul Water Resort Bungalow.
Tanpa disedari, onar sedang menghampiri mereka. Beberapa orang anggota kumpulan militan Abu Sayyaf merapati pusat peranginan tersebut sekitar jam 11 malam. Mereka mengayuh perahu pam mereka perlahan-lahan untuk mengelakkan kehadiran mereka disedari.
Kumpulan Abu Sayyaf
Kumpulan Abu Sayyaf mula dikenali di peringkat antarabangsa pada tahun 2000 apabila mereka telah menculik 21 orang tawanan yang terdiri daripada 10 pelancong dan 11 pekerja sebuah pusat peranginan di Pulau Sipadan. Kumpulan militan tersebut ditubuhkan oleh Abdurrajak Abubakar Janjalani sekembalinya dari Afghanistan di mana dia telah menyertai kumpulan mujahidin melawan pencerobohan Kesatuan Soviet Rusia. Penubuhan kumpulan militan tersebut dikatakan didanakan oleh Osama bin Laden. Adiknya, Khadaffy Janjalani mengikuti jejak langkahnya menyertai kumpulan tersebut tidak lama kemudian. Selepas Abdurrajak terbunuh dalam satu pertempuran dengan anggota keselamatan Filipina, Khadaffy telah mengambilalih kepimpinan kumpulan berkenaan, dan telah berubah wajah menjadi sebuah kumpulan penculikan.
Setelah mendarat di pusat peranginan tersebut, mereka mula melepaskan tembakan secara rambang. Keempat-empat anggota polis yang sedang berehat di kantin dan baharu hendak menjamah makanan mereka segera mengangkat senjata mereka. Namun, kumpulan militan tersebut jauh lebih pantas. Mereka menembak Korporal Abdul Rajah dan telah mencederakan seorang anggota polis lain. Korporal Abdul Rajah, tak bernyawa, jatuh ke kawasan air di bawah pusat peranginan tersebut. Seorang lagi anggota polis terpaksa mencari perlindungan untuk membalas tembakan. Kumpulan militan tersebut berjaya menangkap Konstabel Zakiah dan menggunakannya sebagai perisai untuk lari ke perahu pam mereka. Setiba di perahu pam mereka, mereka melarikan diri ke kegelapan malam.
Kesudahan
Pasukan keselamatan bertindak segera tetapi tidak cukup cepat untuk menghalang kumpulan berkenaan untuk merentasi sempadan. Perahu pam yang mereka gunakan lebih cepat dan lincah daripada kebanyakan bot peronda yang dimiliki pasukan keselamatan.
Jenazah Korporal Abdul Rajah disemadikan di kampung halamannya di Semporna. Selepas penculikan tersebut, kerajaan mengharamkan penggunaan perahu pam. Pengharaman tersebut telah dibatalkan setelah perubahan kerajaan. Abu Sayyaf melepaskan Konstabel Zakiah Aleip pada bulan Mac 2015, lapan bulan selepas kejadian tersebut. Berbeza dengan arwah Korporal Abdul Rajah, beliau dapat melihat harijadi pertama anak sulungnya. Kini, beliau telah kembali bertugas.
Khadaffy Janjalani terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Filipina dan dia digantikan oleh Isnilon Totonu Hapilon. Hanya beberapa hari selepas serangan tersebut, Isnilon dan kumpulan Abu Sayyaf telah mengangkat baiah kepada Abu Bakr al-Baghdadi, individu yang mengakui dirinya sebagai Khalifah kepada kumpulan ISIS. Dia kemudiannya menemui ajal dalam pengepungan bandaraya Marawi pada Mei 2017.
Danny Liew adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.

![Ramai Sebak Lihat Warga Emas Masih Gigih Mesin Rumput Walau Sudah Meniti Usia [Video]](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)